PETALING
JAYA: Pelakon Anne Ngasri meminta individu yang mempunyai bukti kononnya
dia telah berkahwin dengan seorang ahli politik supaya mendedahkannya
kepada umum.
Anne atau
nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, dia terkejut bagaimana
gosip terbaru mengenai dirinya itu boleh wujud ketika dia baru sahaja
mengalami kegagalan hubungannya dengan penyanyi kelahiran Singapura,
Aliff Aziz.
"Tidak benar
saya sudah berkahwin dengan mana-mana VIP atau ahli politik kerana
sehingga kini saya masih solo dan kepada mereka yang mempunyai bukti
saya sudah kahwin, saya mempersilakan untuk ia didedahkan kepada umum,"
ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Anne diminta mengulas desas-desus yang diterima oleh mStar Online kononnya dia telah bernikah dengan seorang VIP yang juga ahli politik dan menjadi isteri kedua kepada individu tersebut.
Dalam pada
itu, Anne berkata, dia tidak serik untuk bercinta lagi selepas
hubungannya dengan Aliff gagal dan masih mencari cinta yang sesuai untuk
dirinya.
Malah kata
Anne, kegagalan rumah tangannya sebelum ini tidak pernah membuatkan dia
ragu-ragu untuk berkahwin lagi dan berharap Allah akan mempertemukan
jodoh yang baik buatnya.
"Saya masih
seorang manusia biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang dalam
hidup. Perkahwinan itu juga adalah dituntut dalam agama kita.
"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik suatu hari nanti," katanya.
Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010.
Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.
Dalam
perkembangan lain, Anne berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi
penggambaran program bual bicara berkonsepkan remaja berjudul SIS untuk siaran TV9 selain beberapa projek drama dan filem.
0 comments:
Post a Comment