Beberapa hari lalu Mynewshub.my ada mengeluarkan artikel yang mana
penyanyi Christina Aguilera bergambar bogel sebagai penghias kulit album
terbarunya berjudul Lotus.
Terbaru, menerusi laman web Contactmusic.com, Christina kembali menjadi
perhatian apabila membuat pengakuan yang sebenarnya dia tidak suka
memakai seluar dalam!
Tidak tahulah sama ada ia hanyalah sekadar gimik Christina untuk melariskan jualan albumnya itu atau sebaliknya.
Tetapi apa yang pasti, juri The Voice itu memberitahu dia lebih selesa apabila tidak memakai seluar dalam.
Dengan penampilakn sedemikian, dia akan berasa lebih yakin. Malah, dia tidak segan untuk mengakuinya.
“Saya memang tidak suka memakai seluar dalam.
“Saya ingin rasa bebas setiap masa. Lagi pun, ia sebenarnya menunjukkan
siapa sebenarnya diri saya,” katanya yang dipetik daripada laman web
tersebut.
Selain itu, Christina turut berkeyakinan apabila berbicara soal umurnya yang semakin meningkat naik.
“Mungkin sesetengah orang takut untuk menjadi tua tapi bagi saya ia
mampu mematangkan saya dan pengalaman mengandung turut sama membuatkan
saya kagum dengan kebolehan tubuh badan wanita,” ujarnya.
Tambahnya lagi, semua perkara tersebut mempunyai kaitan dengan album
terbarunya, Lotus yang memfokuskan kepada kebahagiaan, kebebasan dan
juga kesediaan untuk menjadi lebih matang.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment