Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 29, 2012

No Comment
Taukeh Sekinchan Ikan Bakar Bercinta Dengan Tasha Shilla? Apa Kata Isteri...


Semalam penulis baru saja mengeluarkan artikel mengenai pelakon, Tasha Shilla yang dikatakan meraih undi peminat melalui tajaan Datuk J dan juga atas usaha pengurusnya, Embun.
Jika rata-rata masyarakat sudah mengetahui tentang Embun tetapi siapa pula yang dimaksudkan dengan Datuk J?
Apa yang pasti kini kita sudah mengetahui siapakah Datuk J yang sering dikaitkan dengan Tasha.
Rupa-rupanya dia adalah pemilik rangkaian restoran ikan bakar yang terkenal di ibu negara iaitu Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
Datuk Jamal Md. Yusuf adalah orang yang dimaksudkan mengenai desas-desus yang melanda Tasha sebelum ini.
Sementara itu, sebelum ini, Datuk Jamal juga pernah mengetuai Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur untuk melancarkan ‘Bersih 4.0 Cintakan Keamanan’.
Tidak sangka pula dia yang menjadi buah mulut orang.
Tetapi jangan pula membuat andaian awal, kerana semalam melalui Metro Ahad isterinya, Datin Nurhanizatul Shida telah tampil membuat kenyataan.
Katanya, dia sudah penat mahu menjawab tuduhan banyak pihak mengenai hubungan suaminya bersama Tasha Shilla.
“Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis.
“Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya.
“Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti,” katanya yang dipetik menerusi Metro Ahad, di sini, semalam.
Tambahnya, bagaimanapun oleh kerana Datuk Jamal terlalu sibuk dengan perniagaan, dia pasti suaminya tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh seperti itu.
Malah, suaminya meminta Datin Nurhanizatul tidak cepat melenting dengan gosip seumpama itu.
Gosip sebelum ini mengatakan Datuk J telah memberi sebuah kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha sejak dia bergelar artis.
Namun, tidak pasti pula sejauh mana kebenaran itu. Atau ada ‘mulut jahat’ yang saja menjaja cerita tidak benar ini.
Jadi dengan kenyataan yang dikeluarkan daripada isterinya, semoga tiada lagi cerita-cerita yang melibatkan Datuk Jamal dan Tasha Shilla diperkatakan.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment