KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang mempunyai wajah seperti Datuk Siti Nurhaliza, Fida Ibrahim menafikan dia sengaja merosakkan lagu nyanyiannya dalam versi baru yang berjudul Apo Kono Eh Jang.
Fida menjelaskan, lagu itu yang dinyanyikan bersama rap oleh Datuk AC Mizal dan kumpulan Stellar itu adalah nafaz baru untuk memenuhi selera para pendengar muzik ketika ini.
Justeru, menerusi laporan mStar Online, Fida mengakui tidak pernah ada niat untuk merosakkan lagu asal nyanyian Ally Nor dan Mastura yang pernah popular pada tahun 1980-an.
Dengan lahirnya versi baru lagu Apo Kono Eh Jang, Fida sendiri berharap agar tiada pihak yang sengaja menyalah ertikan konsep dan ciptaan terbaru dari penerbit Sheikh Qalam.
“Saya dan penerbit lagu itu Sheikh Qalam langsung tidak berniat untuk merosakkan keaslian dan keindahan lagu asal tetapi sebagai penghargaan dengan elemen muzik semasa.
“Saya berharap usaha kami memberi suntikan nafas baru pada lagu Apo Kono Eh Jang tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” kata Fida.
Walaupun tidak dapat menyembunyikan perasaan takut dengan penerimaan orang ramai terhadap usahanya untuk bernyanyi, Fida gembira kerana ada juga yang menghargai usahanya dan menyokong kerjaya seninya dalam bidang nyanyian.
Malah, muzik video untuk lagu itu juga sudah disiapkan sejak dua minggu yang lalu.
Dengan terhasilnya muzik video itu, Fida berharap orang ramai akan menghargai segala usaha yang diberikan dalam penghasilan baru lagu tersebut.
“Alhamdulillah, setakat ini lagu itu mendapat respons yang baik di radio dan laman YouTube sejak awal bulan ini.
“Kami siapkan klip video itu kira-kira dua minggu lalu dengan mengangkat tema ceria dan berwarna-warni.
“Peminat akan dapat melihat saya menari, bersikap ‘gila-gila’ dan memakai baju yang berkilat-kilat. Ia adalah sisi berbeza saya yang lebih berani istimewa untuk lagu itu,” katanya.
0 comments:
Post a Comment