PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Yuna mengalami detik malang ketika
mengadakan persembahan sempena konsert jelajah di Seattle, Amerika
Syarikat apabila van digunakan bersama pemuziknya dirompak, malam Ahad
lalu.
Kosmo pada Selasa melaporkan, pada kejadian itu, semua peralatan
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 25, dan pemuziknya yang
disimpan dalam sebuah van lesap dicuri penjenayah di negara itu.
Bagaimanapun, kata Yuna, dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana
dia dan pemuziknya tiada di tempat kejadian ketika penjenayah berkenaan
mencuri semua peralatan muzik tersebut.
"Semua peralatan muzik kami dicuri dari van yang kami gunakan di
Seattle, sampai tiada apa yang tinggal termasuk kemeja-T sekali.
"Asalkan semua orang selamat, barangan yang hilang boleh diganti. Reda sahaja," katanya pada akaun Twitter.
Berita mengenai rompakan itu diberitahu oleh Yuna menerusi akaun rasmi Twitternya.
Yuna juga dilaporkan sempat berbual dengan ibunya mengenai kejadian itu dan perbualan mereka turut dipaparkan di Twitter.
Difahamkan, sebelum ke Seattle, Yuna terlebih dahulu membuat persembahan di Vancouver, Kanada.
Walaupun terkilan dengan kejadian yang menimpa, Yuna memberitahu, dia
telah menimba pengalaman berharga sepanjang siri jelajah itu.
Jumlah kerugian dialami Yuna masih belum dapat dipastikan lagi.
Sebelum ini, pada sekitar Mei lalu, kereta Yuna telah dipecah masuk di subang Jaya dekat sini.
Sebuah gitar milik penyanyi Diandra Arjunaidi yang merupakan anak didiknya dilaporkan hilang dalam kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment