Mustafa
Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki .
Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan
presiden Turki yang pertama.
Beliau
adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima
tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.
Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah
Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang
dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah
memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan
Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa
Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai
dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.
Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden,
demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau
memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan
yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik
sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah
dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
DOSA Mustafa Kemal Atatürk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.
Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya
diseluruh bandar Turki.
9.
Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.
Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan
tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk
adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan
oleh askar itu.
KEMATIAN Mustafa Kemal Atatürk YANG MENYEKSAKAN
Di
saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4.
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha
suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau
akan merasa sejuk.
Allah
itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar
selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada
9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya.
Tidak
cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di
bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan
putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium
yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun
1953).
Selepas
15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya
ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa
yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuisumber
0 comments:
Post a Comment