Tahukah korang dimana tanda-tanda
Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun
‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu
keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.
Dajjal telah pun keluar dan kini
berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar
dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan
setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.
Golongan mereka pada hari ini
telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang
terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8
tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang –
hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu
penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang
buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
Kalau korang tengok di Media
bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la
banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai
yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi
tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada
Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Ini memang tidak dapat nak
dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la
media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program
yang melalaikan.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Korang lihat dekat negara kita
sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan
sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan
buat kita betapa tinggi nyer.
Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:
“..apabila engkau melihat orang
yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing
berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!
Seperti mana yang kita lihat
sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah.
Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat
sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan
silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan
Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk
yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” –
Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya
kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh
dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara
tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” –
Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul
pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang”.
Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul
pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang
belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu
sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.
Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya
hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang
benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul
suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu
merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu
Daud & Nasai.
Haaa.. yang ini sudah banyak
berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat
atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan
sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri
Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap
orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah
ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid
Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami
pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa
yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang
tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari
qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.
Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari
dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj
dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan
yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar
dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang
Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang
disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat
yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar
dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang
yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar
berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak
beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari
tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima
iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam
ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi
yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib
yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh
Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan
Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila
mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur
tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar
al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang
dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis
Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala
petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku
dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa
alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya
matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan
tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam
cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya
peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang
disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu
terbit dari tempat tenggelamnya”.
MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..
PS :
Lihatlah betapa hampirnya kita.. dan apa yang tersenarai di atas telah
banyak yang berlaku di dunia ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat
memberi keinsafan. Salah dan silap harap di maaf sesunggunhya tao juga
tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kemungkaran.
GLUP!Terkesan sungguh dgn entry ni!
ReplyDelete