Jika anda pernah ke Jerman anda pasti pernah melihat tandas duduk dengan
konfigurasi aneh di bawah. Tandas aneh ini dikenali di Jerman dengan
nama Flachspüler yang bermaksud “basuh keluar”. Mengapakah tandas ini
sangat popular di Jerman dan Austria?
Tandas Flachspüler berbeza dari tandas biasa kerana ketika anda
melakukan penyahtinjaan, sisa biologikal anda tidak jatuh terus kedalam
air seperti tandas duduk biasa.
Terdapat sebuah “platform” rata yang kering di kawasan biasanya anda menyahtinja.
Terdapat sebuah “platform” rata yang kering di kawasan biasanya anda menyahtinja.
Apakah sebab tandas ini digunakan secara meluas di Jerman? Jawapannya
ialah kerana warga Jerman mempunyai amalan memeriksa tahi merekaselepas
berak.
Dari tahi yang dihasilkan mereka boleh mengetahui sama ada sistem pencernaan dan diet mereka adalah pada kadar sihat.
Masyarakat Jerman mengamalkan diet daging lembu dan babi yang tinggi.
Jika daging tidak dimasak dengan betul ia boleh mengakibatkan penyakit
cacing. So now you know.
Tandas ini juga digemari warga Jerman kerana masalah air dari percikan tahi ke dalam mangkuk tandas sukar berlaku.
Ia juga digemari kaum wanita kerana adalah mustahil untuk kaum lelaki untuk kencing berdiri apabila menggunakan Flachspüler.
Permukaan platform yang rata akan menghasilkan percikan yang pasti membasahi mereka yang kencing berdiri. Genius!
Ini sebenarnya bukan sesuatu yang aneh di China juga.
Pada zaman dahulu kala, tahi Maharaja China akan diperhatikan setiap
hari bagi mengetahui tahap kesihatan beliau. Masalah cacing dalam perut
dapat diketahui secara terus.
Di Malaysia kita tak ada tandas Flachspüler tetapi tandas cangkung yang
sedia adalah historial artifact yang mengingatkan kita bahawa pada suatu
masa dahulu pemeriksaan tahi adalah amalan biasa nenek moyang kita.
0 comments:
Post a Comment