Buat Maksiat Dalam Kereta - KUANTAN : Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetulan berada di kawasan itu.
Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.
Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya. – paapaada.blogspot
Tulah buat undang2 macam2 buat susah org nak kawin...dah tu hantaran nak kawin mahal sangat mcm mana maksiat tak berleluasa. Pihak yg wajib jgn tau nak tangkap org buat salah je..Islam itu mudah...cuba pikirkan cara mcm mana nak bagi senang pasangan nak kahwin dan secara tidak langsung dpt kurangkan kejadian mcm ni.
ReplyDeletekerajaan bagila fund untuk orang 1st time nak kahwin buat low interest loan... mcm ptptn ke.. bg pinjam duit untuk belajar, last2 wat jugak maksiat sane sini. xpun kwsp akaun 2 tu buat pengeluaran untuk blanje kawin. buat beli rumah boleh pulak.
ReplyDeletenak majukan ekonomi bagai nak rak, tp bab sosial hancus.
1malaysia 1nikah
Cadangan Anon 5:57 tu memang bagus. Tapi kalo buat camtu pun mungkin dapat kurang sedikit sahaja kes2 seperti ini. mungkin hanya mengurangkan dalam 5% or lebih rendah. Sebab apa, x semestinya kes macam ni berlaku sebab x cukup duit untuk kahwin. Maklumlah remaja zaman skarang ni suka berfoya2 sahaja. Nafsu tinggi, pegangan agama x kuat dan pengaruh luar pun banyak. Si laki tu cakap je nak kawin pastu mintak badan sedangkan memang dalam hati xde niat langsung nak kawin lagi satu s*ks bebas amatlah berleluasa diakalangan remaja dan dewasa yang mana masing2 hanya inginkan kepuasa semata2 walaupun tidak merancang untuk berkahwin. Saya sendiri pernah menjumpai group dalam facebook dimana group tersebut diangotai oleh lelaki2 dan perempuan2 yang mencari pasangan s*ks. Mungkin ada cara lain seperti peraturan2 besar yg baru seperti melarang wanita keluar rumah dimalam hari dan sebagainya yg perlu pihak kerajaan ambil untuk mengatasi masalah s*ks bebas ni. Tanpa perubahan yang besar amat sukar untuk mengurangkan gejala s*ks bebas. Sekian terima kasih.
ReplyDelete