Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 5, 2012

One Comment
Inilah Contoh Otak Letak Kat Bontot


Orang selalu mencerminkan kebodohan dengan berkata otak letak kat lutu, tetapi dalam video di bawah, kita boleh menafsirkan otak mamat ni bukan lagi kat lutut tetapi sudah beralih ke bontotnya.
Ini tahap kebodohan yang sukar digambarkan. Kalau cakap kat lutut tu satu pujian la kan.
Lelaki di Melbourne, Australia itu nyaris maut terbakar ketika sedang mengisi petrol di Stesen Minyak ACPO, Thomastown.
Apa salahnya isi minyak kan…takkan boleh mati?
Memanglah, tetapi mamat ‘super bijak’ ni masa tengah isi minyak, boleh pulak main pemetik api (lighter) dan itu menyebabkan keretanya mula terbakar.
Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu yang panik dengan cepat melarikan diri apabila api mula marak di bahagian pintu kenderaan.
Nasib baik lelaki di pump sebelah, seorang doktor bernama Zaini tampil membantu memadamkan api dengan menyimbah air.
Pengendali stesen minyak tersebut, Suzy Eid, yang tidak bekerja pada masa kejadian tetapi menonton rakaman pada video CCTV, memberitahu, “Saya fikir  adalah diketahui umum bahawa tiada siapa yang akan menyalakan api di sebelah pam petrol sambil mengisi. Dia bukan sahaja membahayakan dirinya, tetapi ia adalah tindakan merbahaya kepada kita semua. Dia boleh melakukan beberapa kerosakan teruk.”
Akhir kata, janganlah kita benda-benda bodoh seperti brader di bawah.

1 comments: