KOTA KINABALU — Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa
selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100
buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran
World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute,
Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.
“Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.
“Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan
kita adalah selari dengan kebahagian masyarakat,” katanya ketika berucap
merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan
PDRM ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini, hari ini.
Justeru katanya, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia
wow!
ReplyDelete