KUALA LUMPUR – Ibu kepada cahaya mata kembar, Sazzy Falak bakal mengendalikan program terbaru saluran Universal Diva iaitu OMG.
Walaupun dalam kesibukkan menguruskan rumah tangga dan menjalankan perniagaan online, Sazzy tetap menjalankan karier kegemarannya itu.
Dia tidak keseorangan apabila pelakon, Razif Hashim turut akan menjadi pasangannya mengacarakan OMG.
“Saya berbangga kerana diberi kepercayaan mengendalikan program ini.
“Tambahan pula, ia merupakan sebuah rancangan terbitan tempatan pertama disiarkan di saluran antarabangsa tersebut.
“Dalam program ini, kami bakal memperkenalkan tiga segmen utama iaitu ‘OMG Celebrity’, ‘OMG Miss Chilled’ dan ‘Oh My Gaji’ yang bakal mengupas topik-topik yang terkini,” katanya.
Program yang mengandungi 13 episod itu akan bersiaran mulai hari ini, setiap Isnin jam 7.30pm.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment