Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 15, 2012

No Comment

Rentak Harimau Malaya Longlai
Rentak Harimau Malaya Longlai - APA lagi alasan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.
Keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi membuktikan betapa skuad Harimau Malaya belum mampu menunjukkan taring sebenar.
Kurang dua minggu sebelum kempen Piala AFF Suzuki 2012 bermula, Rajagobal harus segera memperbaiki setiap kepincangan yang ada dalam skuad kendaliannya itu.
Jika anak-anak buah Rajagobal terus menampilkan aksi longlai sebagaimana ditampilkan ketika menentang Hong Kong, mereka mungkin sudah boleh melupakan misi untuk mempertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki kali ini.
Terdahulu, Harimau Malaya mengalami dua kekalahan berturut-turut iaitu tewas 0-1 kepada Vietnam di Hanoi sebelum kecundang 0-2 di tangan Thailand di Bangkok.
Dua kekalahan itu jelas sekali mencetuskan panik dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan yang berharap anak-anak buah Rajagobal sekali lagi mengecap kejayaan selaku juara Piala AFF Suzuki.
Pada aksi malam tadi, Rajagobal menurunkan barisan terbaik dengan Khairul Fahmi Che Mat diberi tugas selaku penjaga gol utama.
Benteng pertahanan pula dikemudi Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, Mohd. Bunyamin Umar, Mohd. Fadhli Shaas dan Zubir Azmi.
Jentera tengah pula diterajui kapten, Safiq Rahim sambil dibantu Amar Rohidan, S. Kunanlan dan Azzamuddin Mohd. Akil manakala Safee Sali serta Norshahrul Idlan Talaha bertanggungjawab merobek gawang Hong Kong.
Biarpun menurunkan ‘barisan impian’, Rajagobal pastinya resah melihat aksi longlai anak-anak buahnya itu yang gagal menghadirkan gerun pasukan lawan.
Dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan, Harimau Malaya masih gagal merobek gawang lawan biarpun memiliki beberapa peluang menerusi percubaan Safee dan Norshahrul.
Satu-satunya peluang terbaik Harimau Malaya hadir pada minit ke-16 menerusi gerakan Norshahrul, namun sepakan gunting Safee tersasar di sebelah kanan gawang Hong Kong.
Harimau Malaya akhirnya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Safee pada minit ke-58.
Pasukan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain selepas Lee Chi Ho dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri selepas tonggak pertahanan Hong Kong itu mengasari Safee pada minit ke-82.
Namun, di sebalik keghairahan Harimau Malaya memburu jaringan, mereka dihukum menerusi jaringan penyamaan Hong Kong oleh Lam Ka Wei pada minit ke-88 gara-gara kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment