Israel merupakan sebuah negara haram yang telah ditubuhkan
selepas berlakunya Perang Arab pada tahun 1948..Bagi memastikan kelangsungan
kehidupan mereka di tanah haram yang diduduki oleh mereka masa kini, mereka
telah menggunakan pelbagai jenis tipu helah dan penipuan untuk meraih simpati
masyarakat dunia kepada mereka..Nak tahu apa penipuan besar puak-puak Yahudi Israel,
meh usha kat bawah ni..
Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya,
‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk
mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad
dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar
disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta
menghalalkan tindakan negara Zionis itu.
Penipuan itu adalah:
1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap
pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu
diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk
menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939
hingga 1945.
2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke
Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada
tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel,
termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam
tidak pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka
pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk
menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah
asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika
Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara
Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara
tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama
bukan asas membina negara,” katanya.
3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak
didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan
produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat
daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara
mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada
dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin
terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny
Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang
kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.
5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur
Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar
undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana
peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang
menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak
mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara
itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai
‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.
6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah
melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan
dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,”
katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran
petroleum di rantau itu tidak terganggu.
7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara
Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana,
pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan
menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih
kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi
lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.
8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel
sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup
mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat
anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak
dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai
agama,” katanya.
9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan
sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan
penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS
dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan
melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur
Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita
sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.
amerika tu sbena nye anjing israel nii..
ReplyDeletekita yg xde pa2 ni hanya dpt bsuara cmni je..
tp PBB yg ada kuasa tu pn x dpt nk lwn kuasa israel ni..
PBB ni cuma nama je untuk mengaburi mata dunia...
moga israel dapat balasanya
ReplyDelete