Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 19, 2013

No Comment

100 Lagi Orang Awam Mati Di Syria
100 Lagi Orang Awam Mati Di Syria - DAMSYIK : Lebih 100 orang awam terbunuh dalam satu kejadian pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia negara itu.
Pemerhati sama berkata, kematian berlaku apabila pasukan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad pada Selasa lalu menggempur kawasan ladang di utara bandar Homs.
Bandar tersebut dipercayai menjadi lokasi kepada kira-kira 1,000 orang mencari perlindungan daripada pertempuran di tengah Syria.
“Tentera rejim melakukan pembunuhan beramai-ramai Selasa lalu menyebabkan 106 mangsa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak,” kata pemerhati yang beribu pejabat di Britain.
Beberapa orang saksi memberitahu mangsa mati akibat terbakar, ditikam dan ditetak.
“Tentera datang sebelum menyembelih wanita dan kanak-kanak. Mereka juga membakar tubuh mangsa,” kata seorang wanita tidak dikenali yang dilihat dalam satu rakaman video amatur dan diedarkan oleh oleh penentang Bashar di Homs.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 60,000 orang terkorban, sementara pasukan pemerhati pula menyatakan lebih 48,000 orang maut akibat konflik di Syria. – AFP

0 comments:

Post a Comment