Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 11, 2013

No Comment
4 Pencuri Traktor Berputih Mata
4 Pencuri Traktor Berputih Mata - KUALA LUMPUR : Empat penjenayah berputih mata selepas polis menggagalkan cubaan mereka untuk menjual tiga traktor pembajak (Kubota) bernilai RM210,000 yang dilarikan di Taiping, Perak, lima hari lepas.
Traktor pembajak sepatutnya sampai kepada pembeli di Ipoh, Perak dari pembekal di Puchong, Selangor pada 29 Disember lepas dilarikan dua pekerja syarikat penghantaran sebelum disembunyikan di sebuah stor di Taman Simpang Bersatu, Taiping.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, pihak pengurusan pembekal menyedari kehilangan traktor itu namun hanya membuat laporan polis lima hari selepas mendapat aduan daripada pembeli dan setelah gagal menghubungi suspek yang menghantar traktor tersebut.
“Polis yang menubuhkan Ops Lejang untuk menyiasat kes tersebut kemudian mendapat maklumat traktor itu disembunyikan di sebuah stor di Taiping,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata, polis turut menahan dua penjaga stor serta dua pekerja syarikat penghantaran masing-masing di stor itu dan di Tanjung Malim pada hari sama traktor ditemui pada kira-kira pukul 3 pagi.
Katanya, daripada siasatan, polis percaya traktor tersebut disimpan di situ sebelum diserahkan kepada pembeli lain.
Siasatan juga mendapati keempat-empat suspek yang berumur antara 30 hingga 50 tahun itu positif dadah tetapi tiada rekod jenayah. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment