“Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,” kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.
Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.
Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.
“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur.
“Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.
“Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya.
jika ibubapa anda tidak mmpedulikan awk...awk pergi sahaja kerumah anak2 yatim...maksud sy..awk ni bkn la ank yatim...sekurangnya2awk dapat perhatian...didikan agama...semua manusia bolei berubah..cuma kta sebagai manusia jer yg tak tahu bila hendak berubah...kita manusia hanya mampu merancang...Allah SWT yang menentukan...
ReplyDelete