Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 13, 2013

No Comment

Awi Rafael Minta Hanez Suraya Kurangkan Seksi
Awi Rafael Minta Hanez Suraya Kurangkan Seksi - SEBAGAI kekasih, Awi mengakui dia inginkan yang terbaik untuk masa depan bakal isterinya itu terutama dari segi imej dan penampilannya.
“Anez baru menyerlah selepas menunggu hampir 10 tahun. Saya juga anggap dia wanita yang paling rapat dan saya paling sayang dalam hidup selepas ibu. Begitulah tingginya dia di mata saya sekarang.
“Justeru, saya mahu Anez kurangkan imej seksi kerana dia perlu menjaga nama baik kedua-dua keluarga. Jika saya tidak tegur siapa lagi? Saya perlu tegas dalam soal ini kerana ia membabitkan maruah dan nama baiknya.
Biarlah orang kenal Anez menerusi bakat dan bukan imej seksi ataupun cerita kontroversi yang dikaitkan dengannya,” katanya.
Terus terang, akui Awi yang nampak segak dengan busana daripada pereka Fairuz Ramdan juga adalah pengkritik tetap Hanez dalam bidang lakonan. Begitu juga sebaliknya.
“Kami berdua saling menyokong antara satu sama lain. Kalau apa yang dia lakukan tak betul, saya pasti menegurnya. Hanez juga selalu komen lagu saya untuk terus menghasilkan yang lebih baik,” katanya.
Jika Hanez menyerlah dalam bidang lakonan, bakat dan kredibiliti Awi dalam bidang penciptaan lagu tidak dapat dipertikaikan lagi. Maklumlah, bakatnya dalam bidang muzik digilap sejak usia 16 tahun lagi.
Pemegang ijazah jurusan Undang-Undang dari James Cook, University, Singapura yang kini baru saja mengungguli kategori Lagu Terbaik Singapura menerusi lagu Pulanglah sempena Anugerah Planet Muzik (APM) 2012.
Terkini, dia mempertaruhkan album barunya berjudul Asalkan Aku OK yang membabitkan sembilan lagu yang juga ciptaannya sendiri bersama Warner Music Malaysia.
“Alhamdulillah, single Asalkan Aku Ok sudahpun diputarkan di stesen radio tempatan dan mendapat maklum balas yang bagus dari peminat. Majlis pelancaran album kedua ini bakal dilancarkan 8 Februari nanti,” katanya. – Metro

0 comments:

Post a Comment