Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 11, 2013

No Comment

Dituduh Tak Pandai Jaga Anak, Lydiawati Kena Maki!
Dituduh Tak Pandai Jaga Anak, Lydiawati Kena Maki! - KL : Nama pelakon Nadiya Nisaa makin popular setelah membintangi drama bersiri Adam Dan Hawa. Dek kerana drama ini jugalah, Murai Batu diberitahu Nadiya tidak lagi disapa dengan nama Nadiya oleh peminat, sebaliknya lebih separuh masyarakat memanggilnya dengan nama Ain.
Selain Nadiya, Murai Batu mendapat tahu, seorang lagi pelakon drama ini iaitu Lydiawati yang memegang watak sebagai Ibu kepada Johan lakonan Dazrin Kamarudin turut menerima impak yang sama dengan Nadiya.
Selain dipanggil dengan nama emak Johan, Lydiawati turut mengalami pengalaman mengejutkan apabila seorang peminat tiba-tiba menghampirinya dengan memaki hamun dirinya di hadapan khalayak ramai. Wow…teruknya.
Siapa tuduh lagi Lydiawati sebagai seorang wanita yang tidak pandai menjaga anak lelakinya. Menurut sumber Murai Batu, sewaktu dimarahi, Lydiawati amat terkejut dan memikir bila masa pula dia ada anak lelaki?
Pun begitu, selepas mendengar isi hati peminat tersebut, barulah pelakon ini faham bahawa peminat tersebut amat memarahi watak ibu kepada Johan yang digalasnya. Apa yang penting, Murai Batu merasakan impak yang diterima pelakon drama ini bukanlah sesuatu yang baru.
Namun, Murai Batu berharap kepada peminat janganlah bertindak melulu hanya semata-mata terlalu geram dengan watak dalam drama itu. Yang penting, setiap pelakon hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Apapun, Murai Batu tabik dengan Lydiawati kerana berjaya meninggalkan lakonan yang berkesan sebagai ibu kepada Johan!
Buat peminat Adam dan Hawa, saksikan episod finale drama bersiri yang merupakan episod ke-80 yang akan ke udara di Astro Ria, jam 10 malam ini. Apakah kesudahan kisah cinta Adam dan Ain? Adakah kebahagiaan yang menanti atau kekecewaan akan menghantui kedua-dua pihak? Saksikan!
Buat anda yang tidak melanggan Astro Mustika bagaimanapun masih boleh menonton melalui laman web www.astrogempak.com.my/adamdahawa.aspx. – Murai

0 comments:

Post a Comment