Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 11, 2013

No Comment

Dua Lelaki Cuba Tipu Kolej Swasta Ditangkap
Dua Lelaki Cuba Tipu Kolej Swasta Ditangkap - IPOH : Dua lelaki termasuk seorang bekas anggota kumpulan muzik tempatan ditahan selepas dipercayai cuba menipu sebuah kolej swasta kelmarin.
Kedua-dua suspek berusia 40-an itu diberkas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kafe sebuah hotel di sini pada pukul 2.40 petang.
Jurucakap SPRM berkata, ketika serbuan, dua lelaki terbabit sedang menerima wang RM10,000 daripada pengurus sebuah kolej latihan antarabangsa.
Beliau berkata, kolej yang terletak di Taman Perdagangan dan Perindustrian Bercham di sini itu berdepan masalah penggantungan lesen manakala empat pelatihnya disenarai hitam baru-baru ini atas kesalahan melanggar peraturan imigresen.
“Kolej yang menyediakan latihan dalam bidang perkapalan, kulinari dan perlombongan yang berpangkalan di Singapura itu disenarai hitam selepas didapati memberi butiran palsu dalam surat memorandum persefahaman dengan majikan yang menghantar pelatih ke kolej berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini – Kosmo

0 comments:

Post a Comment