Walaupun Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27) sudah lama berlalu, namun isu Uji Rashid digugurkan untuk menggantikan Yuna di dalam persembahan akhir Anugerah Juara Lagu 27 masih menjadi tanda tanya oleh semua peminat.
Pelbagai alasan yang diberikan oleh
pihak pengurusan TV3, tetapi alasan atau cara mereka menggugurkan artis
veteran tersebut didakwa agak ‘kejam’ dan menimbulkan segala spekulasi.
Kali ini, Datuk Ramli MS sebagai
pengarah muzik yang bertanggungjawab pada AJL27 telah menjelaskan
perkara sebenar mengapa Uji Rashid gagal untuk menggantikan Yuna.
Ramli MS mendakwa faktor utama Uji
Rashid tiada keupayaan untuk menggantikan Yuna dan gagal memenuhi
kriteria untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang pada Anugerah
Juara Lagu 27 yang lalu.
“Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat “bunyi” yang ditentukan.Tapi yang menjadi isu Uji Rashid digugurkan oleh TV3 ini sebenarnya TV3 tidak memohon maaf dan uji terkilan dengan TV3 yang telah memalukan beliau di depan orang ramai.
“Ia adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya dan jika dia diberi peluang juga membuat persembahan, pelbagai risiko besar berkemungkinan akan berlaku.
“Pihak jurutera yang terlibat dalampersembahan berkenaan juga enggan menanggung masalah,” – Ramli MS
Bagi yang belum tahu, Lagu Terukir Di Bintang telah dinyanyikan oleh Aizat dalam AJL27 dan telah diumumkan sebagai Juara Lagu AJL 27.
0 comments:
Post a Comment