Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 19, 2013

No Comment
twitter


KUALA LUMPUR – Topik rasuk dan histeria di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka secara tiba-tiba trending di Twitter malam ini.
Topik berkaitan kejadian tersebut banyak dibincangkan menggunakan beberapa hastag seperti #uitmlendu, #PrayForLendu, #UITMLendu, #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForUiTMLendu serta beberapa yang lain lagi.
Kebanyakan pengguna akaun Twitter dari kalangan pelajar dan golongan muda yang dilihat memberikan perhatian kepada kejadian rasuk di UiTM berkenaan.
Ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan situasi di sana dan ramai juga yang mendoakan keselamatan kepada pelajar-pelajar berkenaan.
Keadaan di UiTM Lendu agak riuh malam ini dan Mynewshub.my difahamkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sana mengadakan bacaan Yassin malam ini.

0 comments:

Post a Comment