Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 13, 2013

No Comment

Liverpool Minta Maaf Silap Letak Video
Liverpool Minta Maaf Silap Letak Video - LIVERPOOL : Liverpool memohon maaf selepas video mengenai dakwaan penyokong kelab itu bertindak menunjukkan isyarat berbaur perkauman terpampang di laman web mereka.
Insiden itu dapat dilihat menerusi video sorotan perlawanan Piala FA dengan Manchester United, Sabtu lalu yang masih boleh ditonton lebih 48 jam selepas perlawanan.
Menurut jurucakap Liverpool FC: “Kami boleh mengesahkan visual itu secara tidak sengaja dimasukkan dalam kandungan aksi menarik perlawanan yang disiarkan dalam laman web.
“Ia sepatutnya tidak boleh ditayangkan dan kami memohon maaf atas apa yang berlaku.” Jurucakap itu menambah: “Kami segera membuang visual itu sebaik menyedarinya.” Perlawanan Piala FA itu adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak insiden membabitkan Patrice Evra dan Luis Suarez di Anfield Oktober lalu. – Agensi

0 comments:

Post a Comment