Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 9, 2013

No Comment
Liyana Jasmay Mula Edar Kad Kahwin


Selepas menamatkan pengajian di New York pada awal bulan lalu, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay kini sedang sibuk membuat persiapan mengenai hari perkahwinan mereka yang bakal menjelang pada 2 Februari ini.
Liyana dan tunangnya, Fathudin Mazlan khabarnya sudah pun mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan kepada 100 media terpilih dan kira kira 2,000 tetamu jemputan.
Pada 2 Februari itu majlis pernikahan akan dilakukan di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur sekitar 9 pagi.
Majlis persandingan pula akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Manakala, majlis menyambut menantu disebelah lelaki pula akan berlangsung pada 9 Februari 2013 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Sementara itu, menerusi Instagram, Liyana nampaknya akan mengenakan busana daripada pereka terkenal, Jovian Mandagie.
Sama ada pakaian itu nanti akan dipakai semasa nikah, bersanding atau bertandang tidak pula dinyatakan.
Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Liyana dan pasangannya!
1
2
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment