Model Tuntut Syarikat Penerbangan RM400 Ribu Ganti Implan Payu Dara - MOSCOW : Seorang model menyaman sebuah syarikat penerbangan kerana menyebabkan buah dada palsunya rosak ketika pesawat itu mengalami gangguan penerbangan, semalam.
Iren Ferrari memiliki buah dada bersaiz 44J hasil pembedahan kosmetik – mendakwa dia tersembam ke kerusi penumpang di depannya ketika pesawat itu melalui kawasan angin kencang.
“Hentakan ke atas buah dada saya sangat kuat dan menyakitkan,” katanya.
Iren, 29, menuntut ganti rugi bernilai RM399,920 daripada syarikat penerbangan Switzerland yang membawanya dari Moscow ke Zurich.
Wang itu, katanya, diperlukan bagi menggantikan implan seberat 9 kilogram dalam buah dadanya.
Peguam Iren, Sergei Zhorin, berkata ruang disediakan syarikat penerbangan di antara kerusi penumpang dalam pesawat itu terlalu sempit untuk buah dada model itu. – Agensi
0 comments:
Post a Comment