Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 13, 2013

No Comment

Pemandu Rempuh Peronda URB
Pemandu Rempuh Peronda URB - JOHOR BAHRU : Gara-gara takut ditahan oleh polis Unit Ronda Bermotosikal (URB) yang sedang membuat rondaan, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an bertindak merempuh kenderaan polis sebelum berjaya melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan yang dipandunya di Taman Desa Jaya di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, lelaki yang memandu kereta bernombor pendaftaran Singapura tersebut turut terbabas ke dalam sebuah longkang berhampiran Masjid Al-Falah di situ.
Insiden itu mengakibatkan seorang anggota polis URB cedera di siku dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Kosmo! Ahad difahamkan, sebaik sahaja suspek melihat kelibat polis, dia bertindak membuat pusingan di depan masjid itu sebelum terbabas hingga terjunam ke dalam longkang.
Seorang saksi, Rasdan Raob, 42, berkata, dia sempat melihat adegan polis mengejar lelaki terbabit ketika dia keluar membeli makanan tengah hari.
“Kereta yang dipandu laju itu tiba-tiba hilang kawalan hingga terbabas dan kami melihat seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sempat keluar dari kereta itu dan melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dr. Hashim Haron mengesahkan kejadian.
“Identitinya masih belum dikenal pasti dan kita tak tahu motif dia melarikan diri,” katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment