Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 20, 2013

No Comment

op daulat

KUALA LUMPUR — Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini mengetuai siasatan insiden pencerobohan militan di Lahad Datu, kata Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata pasukan itu kini sedang mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan kami menyeluruh dan melihat daripada semua aspek termasuk
bagaimana kumpulan pengganas memperoleh senjata dan mendapat bantuan.
“Kami bukan hanya tertumpu di Lahad Datu dan Semporna bahkan lebih meluas,”
katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
bakri zinin
Beliau berkata cabaran dalam penyiasatan ialah untuk mendapatkan bahan bukti
memandangkan mayat pengganas ketika ini sudah mula mereput.
Pada 12 Feb lepas, sekumpulan militan dari selatan Filipina menceroboh
persisir pantai Lahad Datu dan sejak pencerobohan itu, pasukan keselamatan
menembak mati 62 pengganas.
Sementara itu, Mohd Bakri berkata polis kini mengkaji keperluan pertambahan
pegawai penyiasat di enam balai polis Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM)
yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur Sabah.
Pertambahan pegawai penyiasat itu perlu berikutan keluasan kawasan ESSCOM
iaitu dari Kudat hingga Tawau, katanya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang melibatkan lima daerah iaitu
Sandakan, Tawau, Kunak, Kudat dan Lahad Datu.
Kawasan ESSCOM itu akan menempatkan enam balai polis.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment