21 Januari lalu, sebuah syarikat hartanah di Henan, China mengadakan parti hujung tahun syarikat mereka.
Apa yang menarik, sebanyak 11 juta Yuan (lebih RM5 juta) bonus berupa wang tunai diberikan kepada kaki tangan syarikat pada majlis tersebut hingga ada antaranya terpaksa membawa balik wang menggunakan karung guni!
Seorang kaki tangan dikatakan menerima bonus paling tinggi iaitu 2 juta Yuan sementara yang lain ada menerima telefon bimbit iPhone 5S, televisyen LCD 42′, komputer riba, pendingin hawa, iPad mini dan pelbagai barangan elektrik
Kesemua kaki tangan bergembira sepanjang parti berlangsung di mana wang tunai 11 juta Yuan disusun seperti piramid di hadapan mereka dan dijaga rapi oleh petugas keselamatan.
Sebaik berita ini tersebar, banyak pihak mempertikaikan bagaimana perniagaan hartanah di China mengaut keuntungan di sebalik perit getir rakyat sana meneruskan kelangsungan hidup. - REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment