Pasangan selebriti yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kisah perkahwinan mereka, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini kelihatan cukup gembira menjalani kehidupan seperti biasa.
Nyata, kontroversi yang melanda mereka tidak menghalang kebahagiaan hakiki yang telah tertulis buat pasangan muda ini.
Malah, kehadiran cahaya mata sulung mereka, Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos tahun lalu juga melengkapkan lagi kehidupan pasangan ini.
Dalam perkembangan sama, kedua-duanya sudah pun kembali aktif dalam bidang seni apabila mereka baru-baru ini terlibat sama dalam sebuah drama berjudul 345 Nafas.
Aeril menerusi laman Instagramnya turut memuat naik beberapa keping gambar romantiknya bersama Wawa sepanjang terlibat dengan produksi drama terbabit.
Memang nampak romantik dan sama cantik sama padan kan pasangan ini.
Moga kebahagiaan yang mengiringi mereka kini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya
0 comments:
Post a Comment