Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014


Sebelum ini tersebar berita bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak kepada Ketua Pembangkang, Nurul Izzah akan menarik balik permohonan cerai fasakh yang dibuatnya baru-baru ini.

Akibat tersebarnya berita itu, para wartawan dari pelbagai agensi media berkampung sejak pukul 8 pagi hingga 4.30 petang semalam menantikan kemunculan beliau di di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Namun, penantian selama berjam-jam terbukti sia-sia apabila kelibat Nurul Izzah tidak kelihatan langsung.

Keadaan itu sekali gus memperlihatkan Nurul Izzah seolah-olah nekad untuk meneruskan tuntutan cerai dengan suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Majid mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.

Kes itu akan disebut semula pada 18 Februari depan.

Jika tidak, hampir pasti beliau sudah muncul untuk menarik balik tuntutan berkenaan secepat mungkin.

Sebenarnya keputusan terbaik Nurul adalah mencari jalan damai dengan suaminya demi kebahagiaan anak-anak.

Dan itu yang menjadi doa kita semua.

0 comments:

Post a Comment