Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 6, 2013

No Comment
Misi menentang militan Sulu belum berakhir — KPN


LAHAD DATU, 5 Mac — Misi masih belum tamat untuk pasukan keselamatan dalam operasi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo kerana militan masih berkubu di sana, kata Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini.
Ketua Polis Negara (KPN) juga menafikan media Filipina melaporkan mayat puak bersenjata itu tercemar atau kecederaan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
“Saya percaya musuh masih berada di luar sana,” kata Ismail kepada wartawan hari ini.
“Kita dalam operasi mencari, dan pencarian ini dilakukan pada kawasan yang agak luas, kira-kira empat kilometer persegi.
Tentera hari ini melancarkan serangan udara ke atas pengikut “kesultanan Sulu” yang berlindung di Kampung Tanduo awal pagi ini, dengan lima batalion tentera darat dihantar bersama-sama dengan pasukan polis.
Bagaimanapun mereka yang mendakwa sebagai “diraja Sulu” dilaporkan berkata kumpulan militan di Sabah itu masih lagi “kuat dan bersedia”.
Ismail menegaskan beliau masih belum menerima laporan kematian ke atas puak bersenjata dari senjata Filipina di Kampung Tanduo yang dikatakan seramai 200 orang.
"Pergerakan pasukan keselamatan agak perlahan sekarang. Keutamaan kami ialah keselamatan bagi mereka yang bertugas," katanya lagi.
Ketua polis negara itu berkata tiada rakyat Malaysia atau anggota keselamatan terbunuh atau tercedera dalam serangan terbaru ke atas militan Sulu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berkata tidak ada bukti bahawa Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang dilatih Malaysia akan menyertai militan Islam Filipina dalam usaha menuntut Sabah.
The Manila Bulletin hari ini melaporkan Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu berkata MNLF menyembunyikan senjata jauh di dalam hutan di Sabah sebelum mereka pulang selepas latihan mereka, dan mereka yakin pihak berkuasa tidak akan menjumpai senjata api tersebut.
Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama sedekad, dari 1976 hingga 1986, sebelum akur dengan arahan bekas presiden Filipina Fidel V. Ramos.
Bekas pemimpin tentera itu memberitahu akhbar Filipina bahawa terdapat ramai pemimpin pemberontak dan ahli tertinggi puak tersebut mahu tinggal di Sabah.
Kebanyakan dari mereka berasal dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga di selatan Filipina, menurut beliau lagi, menambah bahawa penyokong MNLF juga terdiri dari Maguindanao, Irano dan Maranao.
Philippine Star melaporkan hari ini tentera Filipina menghalang 70 orang penyokong Sultan Sulu dari meninggalkan Mindanao untuk menyertai militan di sana.
Philippine Daily Inquirer turut melaporkan bot mencari dan menyelamat Pengawal Pantai Filipina sedang berjaga-jaga untuk mengeluarkan rakyat Filipina di Sabah, berikutan pertempuran di tiga daerah di timur Sabah yang mengakibatkan 28 kematian setakat ini — lapan anggota polis Malaysia dan 20 puak pemberontak Filipina.
Puak bersenjata Filipina yang menawan Lahad Datu sejak 9 Februari diketuai oleh adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, yang mengatakan Sabah masih kepunyaan Sulu berdasarkan dokumen penjajah dari abad ke-19.
Malaysia, bagaimanapun mengatakan bayaran bulanan berjumlah RM5,300 kepada kesultanan tersebut bukan sebagai sewa tetapi sebagai mendapatkan hak ke atas tanah tersebut, yang dikatakan sebahagian dari Malaysia berdekad lamanya.
Ramai warga Sabah meluahkan perasaan marah kepada warga Filipina merampas peluang pekerjaan mereka, sementara ada yang berkata supaya jangan hanya membuat stereotaip ke atas mereka.
Suku daripada penduduk Sabah merupakan pendatang asing, seramai 889,000 dari 3.2 juta penduduk, atau 28 peratus, berdasarkan bancian 2010.
Kira-kira 800,000 warga Filipina di Malaysia, kebanyakannya bekerja di Sabah, menurut laporan media Filipina melaporkan data kerajaan.

0 comments:

Post a Comment