Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 17, 2013

No Comment

Saki Baki Pengganas Kini Kelaparan, Moral Makin Rendah
Saki Baki Pengganas Kini Kelaparan, Moral Makin Rendah - Saki-baki kumpulan pengganas Sulu yang dikepung di kawasan kecil di Lahad Datu, Sabah dilaporkan berada dalam keadaan moral terlalu rendah dan kebuluran setelah ditinggalkan ketua mereka, Azzumudie Kiram yang melarikan diri ke selatan Filipina.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan pengganas itu juga semakin terdesak apabila masyarakat berketurunan Sulu di Sabah tidak menyokong tindakan mereka menyerang negeri itu.
Katanya, ini bermakna kumpulan pengganas itu juga tidak mendapat bantuan bekalan makanan, maklumat dan sokongan moral daripada masyarakat Sulu di Sabah.
“Saya ingin memaklumkan pihak musuh sekarang ini sudah terlalu terdesak kerana mereka dikepung di kawasan yang kecil dan juga kebuluran kerana tidak mendapat bekalan makanan.
“Perkembangan terakhir ini menyebabkan mereka terlalu terdesak sehingga mahu melakukan beberapa tindakan termasuk mencuri makanan di rumah kosong dan kedai makan. Kita harap masyarakat setempat lebih berhati-hati kerana orang kebuluran akan menjadi lebih agresif,” katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bermula semalam pasukan keselamatan bertumpu di Kampung Tanjung Batu setelah operasi penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo selesai.
Beliau berkata bagaimanapun anggota keselamatan tetap akan diletakkan di ketiga-tiga kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.
“Jika kawasan Tanjung Batu dapat kita bersihkan hari ini, insya-Allah kita akan boleh katakan Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu adalah bersih,” katanya.
Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.
“Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu,” katanya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment