IPOH, 5 Mac (Bernama) -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil(gambar) mendesak Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail menjawab dakwaan mengaitkan pemimpin pembangkang dengan
insiden pencerobohan bersenjata di Sabah.
Beliau berkata dakwaan itu perlu dijawab memandangkan peristiwa itu
melibatkan aspek keselamatan negara.
"Saya nak tanya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah mengenai apa yang didakwa
oleh media luar negara, adakah betul atau tidak, kerana kita juga mahu tahu,
kalau betul maka tindakan harus diambil.
"Saya tidak buat tuduhan, saya mahu tanya betul atau tidak pembabitan
pemimpin pembangkang jadi dalang dalam tragedi itu," katanya kepada pemberita
ketika ditemui selepas majlis solat hajat dan tahlil bersama-sama keluarga
komando VAT 69 di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim yang juga
anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ulu Kinta, dan Presiden Persatuan Keluarga
Polis (Perkep) Datin Rosnani A. Latif.
-- LAGI
SHAHRIZAT-DAKWAAN 2 (AKHIR) IPOH
Shahrizat turut mendesak Naib Presiden PKR Tian Chua memohon maaf kepada
seluruh warga pasukan keselamatan berhubung kenyataannya yang dilapor
menyifatkan pencerobohan itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakutkan rakyat.
Melahirkan rasa pelik kerana pencerobohan di Sabah berlaku ketika negara
berada di ambang pilihan raya umum ke-13, Shahrizat berkata ini mungkin kerana
pembangkang melihat Sabah sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Umno Pulau Pinang mahu kerajaan Filipina menyiasat dan
mendedahkan dalang dalam pencerobohan di Sabah itu yang mengakibatkan lapan
anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh pada Jumaat dan Sabtu lepas.
"Kami nak Filipina siasat bagi membolehkan mereka yang terbabit dihadapkan
ke muka pengadilan," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal
Abidin Osman kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil baik pulih rumah
nelayan darat di Nibong Tebal.
-- BERNAMA
Dasar anak mami otak lembu. Orang ramai desak dia jawab pasal skandal lembu NFC keluarga dia, dia buat bodoh je - sama cam lembu. Ketua wanita UNMO yang tiada maruah. Sekarang cuba-cuba cabar orang buat kenyataan.
ReplyDeleteKeperibadian keluarga sendiri penuh berlumuran najis, sekarang nak cuba cari perhatian. Tahulah karier politik anda sudah hampir tamat. Nanti PRU13 Kak Jat dipencenkan, boleh rehat rehat join Rafidah. Tu pun kalau boleh geng lagi. Ingat dulu lu belot..........
2la pasal..time die...meng"lembu"kan diri jer..time orang siap nk desak bagai..aku pang gak kang die nie;p
ReplyDeleteCerminlah diri kita dulu sebelum
ReplyDeleteSharizat
ni la muka perempuan melayu yg puak umno sanjung2 sgt.. lem.. booooo
ReplyDelete