Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 8, 2013

No Comment
Kuil

PATNA – Beberapa letupan bom kecil berlaku di kompleks kuil Buddha Mahabodhi di Bodh Gaya, timur India semalam, kata polis tetapi kuil itu sendiri tidak rosak.
Penganut Buddha dari seluruh dunia melawat tapak bersejarah ini di negeri Bihar.
Mereka percaya kuil ini menempatkan pokok suci Bodhi yang menjadi tempat Buddha mendapat kesedaran pada tahun 531 sebelum masihi.
“Pokok Bodhi itu selamat dan tiada kerosakan berlaku padanya,” kata Ketua Polis Bihar, Abhayanand.
Seorang pegawai kanan polis, S.K. Bharadwaj pula berkata, sebanyak lapan letupan kecil berlaku awal pagi semalam dengan menyebabkan dua orang cedera.
Menurutnya, dua lagi bom ditemui dan dimatikan di dalam kompleks ini.
Serangan ke atas kuil Buddha jarang berlaku di India tetapi letupan itu dipercayai berkait dengan ketegangan di beberapa negara serantau baru-baru ini yang melibatkan pertempuran antara penganut Buddha dan orang Islam di Myanmar, Sri Lanka dan Bangladesh.
Kompleks kuil Bodh Gaya yang terletak 110 kilometer dari sini merupakan antara kuil Buddha yang paling awal di India. – AFP
Lokasi tersebut diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2002.
Kompleks ini menarik pengunjung dari seluruh dunia semasa musim pelancongan dari Oktober hingga Mac pada setiap tahun. – AFP

0 comments:

Post a Comment