Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 8, 2013

No Comment
VIDEO: Bila Pemain Arsenal Main Gamelan...

Pasukan Liga Perdana Inggeris Arsenal menggunakan kreativiti mereka sendiri dalam mempromosikan Jelajah Asia mereka tahun ini.
Mereka merakamkan video beberapa pemain mengalunkan irama dengan menggunakan alat muzik gamelan.
Semuanya merupakan sebahagian persedian mereka melawat Indonesia pada bulan ini, sekaligus mempromosikan alat muzik berkenaan yang juga berasal dari Indonesia.
Antara pemain Arsenal yang terlibat berlatih bermain Gamelan ialah Per Mertesacker, Laurent Koscielny, Bacary Sagna, Gervinho dan Nacho Monreal berlatih di padang latihan mereka bersama jurulatih Gamlen John Pawson dan Manuel Jimenez dari pemain Gamelan Southbank.
Mereka turut diberi informasi berkaitan sejarah alat muzik dalam gamelan yang berasal dari keturunan Jawa itu.
The Gunners akan melawat Asia untuk peringkat pertama Asia Tour 2013, kembali ke negara Indonesia sejak kali pertama hadir pada 1983.
Arsenal akan bertemu Indonesia pada 14 Julai depan di Stadium Gelora Bung Karno yang mampu memuatkan kira-kira 88,000 orang penonton.
Kemudian, skuad bimbingan jurulatih Arsene Wenger ini akan terus ke Vietnam dan Jepun. – IBNU K.

0 comments:

Post a Comment