Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 8, 2013

No Comment
PANASSS...Ayam Sudah Naik Harga, Menteri Jangan Tunggu Lama-Lama!

Seperti biasa, menjelang bulan Ramadan dan Syawal, pastinya akan timbul isu berkenaan kenaikan harga keperluan harian seperti ayam, gula, santan dan lain-lain lagi.
Malah, isu tersebut dilihat seperti tidak pernah lekang apabila pihak agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Koperasi dan Kepenggunaan seringkali menerima aduan dari kalangan pengguna.
Sebelum ini harga siling ayam ditetapkan oleh kementerian adalah pada kadar RM6.80 sekilogram.
Pemantauan harga ayam yang dilakukan oleh wartawan Astro Awani di beberapa buah pasar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan.
Di Pasar Jalan Chow Kit dan Pasar Borong Selayang, rata-rata peniaga menjual ayam segar pada harga RM8 sekilogram.
Tambah mengejutkan, sesetengah peniaga ayam di Pasar Gombak telah menjual ayam segar pada harga RM9 sekilogram.
Menurut sumber MyNewsHub harga ayam segar di Pasar Besar Ipoh Perak mencecah RM7.50 sekilogram manakala di Pasar Borong Pandan Johor purata adalah RM7.80 sekilogram.
Justeru, Menteri KPDNKK Datuk Hassan Malek telah pun bercadang untuk mengadakan mesyuarat khas bersama persatuan industri pada hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, perbincangan itu akan membabitkan 50 wakil berkaitan untuk kajian semula bagi penetapan harga siling ayam sempena musim perayaan terutama Aidilfitri, tidak lama lagi.
Ini kerana kementerian tersebut melihat harga ayam di pasaran adalah bergantung kepada harga yang ditetapkan oleh pengeluar, pembekal dan pemborong.

0 comments:

Post a Comment