Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 4, 2013

No Comment
Adi Putra Tak Jenguk Anak Di Hospital?

Baru-baru ini anak pelakon terkenal, Adi Putra dikhabarkan telah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan dan berikutan insiden tersebut, terdapat desas desus mendakwa kononnya aktor kacak berkenaan langsung tidak hadir ke hospital bagi menjenguk anakanya serta menyerahkan segala tanggungjawab menjaga bayi itu kepada isteri.
Akan tetapi sewaktu bertemu dengan pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini petang semalam, Adi telah menjelaskan bahawa hanya isterinya sahaja yang tahu perkara sebenar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit.
Hanya isteri sahaja yang tahu.
Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di hospital, tapi mungkin orang akan fikir, itu hanya sekadar di bibir tapi hati cakap lain. Jadi, asalkan saya tahu, isteri dan anak tahu perkara sebenar itu sudah cukup.
Menyentuh lebih lanjut mengenai isu anak, pelakon ini turut dilihat terlalu menjaga eksklusiviti bayinya itu sehingga jarang mendedahkan bayi comel tersebut kepada umum.
Bagi menjawab persoalan berkenaan, Adi Putra sendiri akui dia memang risau untuk mendedahkan identiti sebenar anaknya itu kepada orang ramai kerana khuatir akan keselamatan bayi tersebut dan dalam masa yang sama, sikapnya sendiri memang tidak gemar untuk memuat naik foto-foto anaknya itu menerusi laman Instagram seperti kebanyakan artis lain.
Bagi saya untuk popular itu senang, tapi untuk memikul gelaran popular itu bukan senang, tambah-tambah lagi anak. Bila dia membesar dengan orang sekeliling dan masuk pula ke sekolah, orang akan tanya pada dia macam-macam, jadi nanti dia akan berhadapan dengan waktu yang sukar.
Mungkin ada perkara boleh kongsi, tapi tidak semua. Seperti apa yang saya buat sekarang. Tambahan pula saya memang jarang nak muat naik gambar anak. Itu memang cara saya. Tapi kalau isteri nak muat naik, biarkanlah. Itu hak dia dan saya hormat.
Untuk makluman, pada Oktober tahun lalu Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof telah mengambil bayi perempuan comel iaitu Zara Adelia Haadi sebagai anak angkat mereka. -Ohbulan.com

0 comments:

Post a Comment