Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 13, 2013

No Comment
Bangunan

BEIJING – Dengan keluasan lantai tiga kali ganda lebih besar dari bangunan Pentagon di Amerika Syarikat , Bangunan terbesar dunia di China mendapat pelbagai reaksi berbeza dari pelawat pertamanya.

Dengan ketinggian 100 meter, bangunan Pusat Century Global, yang dikatakan cukup untuk disimpan 20 bangunan Sydney Opera House di Australia kini dibuka untuk orang ramai di bandar Chengdu.

Menurut pegawai rasmi kerajaan China bangunan itu merupakan Bangunan Terbesar Tunggal di dunia dengan panjang 500 meter dan lebarnya 400 meter serta keluasan lantai seluas 1.7 juta kaki persegi.

Bagaimanapun, para pelawat pertama mempunyai reaksi bercampur-campur dengan bangunan itu yang menempatkan 400,000 kaki persegi ruang membeli belah, pejabat, bilik mesyuarat dan sebuay kompleks universiti, dua hotel lima bintang dan sebuah pawagam IMax.

Menurut Sina Weibo, seorang pelawa di Twitternya bangunan itu kurang kreativiti.

Salah seorang lagi pelawat berkata, “Kenapa semua bangunan di Chengdu mesti dipanggil dengan nama Global?”.

Bagaimanapun, ramai yang mengkagumi binaan itu yang dibuka kepada orang ramai pada 28 Jun lepas.

Pusat Global itu dibina dengan tema air, dengan beberapa pancutan air, taman tema air yang besar lengkap dengan pantai tiruan.

Ia dibina dengan sebuah pantai tiruan berkeluasan 5,000 kaki persegi, dan sebuah restoran makanan laut yang boleh memuatkan 6,000 orang. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment