Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 22, 2013

No Comment
Riduan Mohd. Nor

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa kejadian jenayah membabitkan penggunaan senjata api di negara ini semakin membimbangkan.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor mendakwa, perkara itu boleh dilihat berikutan banyak insiden pembunuhan dan serangan membabitkan senjata api berlaku sejak kebelakangan ini.
“Beberapa minggu lalu beberapa kes tembak mati termasuk dua guru sekolah menjadi mangsa.
“Persoalan timbul bagaimana senjata api boleh begitu mudah diperolehi dan dari mana mereka mendapatkannya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Riduan berkata, pihak berkuasa perlu segera menangani kewujudan senjata api haram kerana ia mendatangkan risiko keselamatan yang besar kepada rakyat.
Katanya, pasukan keselamatan perlu mengambil langkah agresif dan proaktif bagi memastikan dalang penjualan senjata serta penyeludupan senjata dibanteras dan dikawal sepenuhnya.
“Jenayah senjata api menjadikan rakyat semakin bimbang dengan tahap keselamatan negara ini.
“Apakah negara ini sudah tidak selamat hingga penjenayah berani bertindak ala mafia di negara ini,” soal beliau lagi.

0 comments:

Post a Comment