Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 22, 2013

No Comment
lemas1

MELAKA -  Empat rakan ditemui mati lemas ketika bermain di tebing Sungai Melaka, berhampiran Taman Seri Krubong, Krubong di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa dipercayai tergelincir, lalu terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
Mangsa yang meninggal dunia merupakan pasangan adik beradik, Hanis Balkis Fadzli, 7, dan Mohd Hazimi Fadzli, 9, serta dua rakan mereka, Athafis Amin, 10, dan Radziatul Nadia Rosman, 12.
mangsa-lemas
Difahamkan, ketika kejadian, mereka bersama empat lagi rakan kanak-kanak lain iaitu Huzaimi Abdul Rahim, 11, serta adiknya Sarah Abd Rahim, 9, Atamizi Amin, 8, dan Hanis Humaira Fadzli, 6, dikatakan bermain di tebing sungai berkenaan.
Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamarulzaman Mohd Din berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat sebaik saja menerima panggilan kecemasan.
Menurutnya, seramai sebelas anggota unit penyelam dari Balai Bomba Jalan Kubu turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu.
“Bomba menerima panggilan pada pukul 4.58 petang.  Mayat Hazimi ditemui penduduk kira-kira 5.50 petang. Seminit kemudian adiknya, Hanis Balqis ditemui.
“Sementara dua lagi, Athafis dan Radziatul ditemui anggota bomba masing-masing pada jam 6.01 dan 6.02 petang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Empat mati lemas di Sungai Melaka ketika mencari kepah
Sementara itu, datuk kepada Hazimi dan Hanis Balqis, Ismail Hamid, 60, berkata, dia terkilan kerana kedua-dua cucunya pergi serentak di sungai berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Taman Seri Krubong Fasa 2, dekat sini.
“Sebelum ini, saya pernah nasihat mereka supaya tidak bermain di sungai itu,” katanya.
Ibu Radziatul, Norizan Zainal, 40, pula terkejut apabila mendengar kejadian tersebut daripada rakan anaknya yang tinggal berhadapan rumahnya.
“Saya baru balik dari membeli mi di Taman Merdeka. Terkejut bila diberitahu kejadian ini, lalu saya terus pergi ke sungai,” katanya.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng, di sini, malam tadi. – Sinar Harian
lemas2
lemas3
lemas4

0 comments:

Post a Comment