Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 22, 2013

No Comment
Facebook PDRM Selamatkan Hamba Seks

Tindakan pantas polis daripada maklumat awal yang diterima melalui Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 15 gadis Asia Selatan dalam satu serbuan kes pemerdagangan manusia di Jalan Inai, semalam.
Ahli keluarga daripada salah seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket tersebut telah menghantar pesanan peribadi kepada Facebook Rasmi PDRM pada 18 Julai lalu bagi meminta pertolongan polis Malaysia supaya mengesan gadis berkenaan selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan dia (gadis berkenaan) telah ditipu dan dipaksa meminum minuman keras dan dijadikan sebagai hamba seks.
Berdasarkan kepada maklumat tersebut, pihak polis segera menjalankan siasatan dan membuat serbuan di sebuah kelab eksklusif yang terletak di Jalan Inai, Kuala Lumpur dan berjaya menemui gadis yang dimaksudkan bersama mangsa-mangsa lain yang berasal dari Nepal, Bangladesh, Pakistan dan India.
Kejayaan kes tersebut berjaya membuktikan bahawa penggunaan media sosial oleh PDRM sebagai langkah yang proaktif dan berkesan dalam membantu orang awam membanteras dan menangani jenayah di Malaysia. (FB PDRM)

0 comments:

Post a Comment