Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 22, 2013

No Comment
SAMUN: Kes RM1.5 Juta Selesai

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kumpulan yang aktif mencuri kereta mewah dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya 12 suspek di sekitar Klang, Selangor, baru-baru ini.
Polis turut menemui semula tujuh kereta yang dilapor hilang sebelum ini serta barangan dipercayai hasil samun dengan anggaran nilai keseluruhan RM1.5 juta, kata Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Puchong, hari ini.
Beliau berkata suspek yang berumur antara 28 dan 50 tahun termasuk tiga wanita itu ditahan dalam empat serbuan susulan laporan kejadian pecah rumah dan curi kereta mewah yang berlaku, yang terbaharu, di Bandar Kinrara hujung bulan lalu.
Mereka dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak awal tahun ini.
“Susulan laporan itu, kami mewujudkan pasukan khas dan berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita di Klang Sentral, Klang pada Rabu lepas dan menahan seorang lagi suspek lelaki hasil serbuan di Batu Belah, Klang keesokan harinya,” katanya.
Hasil siasatan, enam lagi anggota kumpulan itu, termasuk seorang wanita dipercayai warga asing, turut ditahan di sebuah rumah di Taman Sentosa Perdana, Klang, Khamis lalu. Ia disusuli penahanan dua lagi lelaki di sebuah rumah di Lorong Raja Hassan, Klang pada Jumaat.
Thaiveegan berkata kesemua yang ditahan itu memiliki rekod jenayah lampau antaranya berkaitan dadah dan curi. Lapan daripada suspek didapati positif dadah.
Katanya, mereka kini ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457/379 (A)(1) Kanun Keseksaan kerana pecah premis dan curi kenderaan. – BERNAMA
533613_537245536325391_931876833_n
533613_537245539658724_1383363068_n
28880_537245986325346_1283453120_n

0 comments:

Post a Comment