Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 5, 2013

No Comment
Guru cedera ditembak

KOTA BHARU - Seorang guru cedera selepas ditembak dalam satu kejadian yang berlaku di Kubang Panjang, Pasir Mas kira-kira tengah hari semalam.


Mangsa, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di bahagian leher selepas terkena tembakan tersebut.


Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.


Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mengikut kenyataan yang diberikan oleh salah seorang kakitangan Hospital Lati, Pasir Mas, mangsa dibawa ke hospital tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kembara berwarna hijau manakala nombor pendaftarannya tidak dikenal pasti.


“Lelaki yang membawa mangsa dipercayai berumur lingkungan 50an dikatakan sempat memberitahu kakitangan hospital bahawa mangsa diambil di Madrasah Tok Guru Haji Ya, Kubang Panjang dan kemudian mengelap darah pada tempat duduk keretanya sebelum beredar,” katanya.


 Menurutnya, usaha untuk mengenal pasti punca dan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut sedang giat dijalankan.


Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

0 comments:

Post a Comment