Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 17, 2013

No Comment
Soo Wincci

Penyanyi dan pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat Melayu, Soo Wincci berharap kontroversi yang melibatkan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang bersikap biadap itu dapat dijadikan pengajaran oleh semua kaum di negara ini.
Wincci turut menyifatkan perbuatan pasangan yang digelar Alvivi itu sebagai satu tindakan yang melampau meskipun pasangan itu mengatakan niat mereka itu adalah sekadar mahu bergurau.
Bercakap kepada Malaysian Digest, Wincci berkata, “saya rasa perbuatan begitu melampau. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dikalangan berbilang kaum bangsa dan agama, kita tidak boleh sesuka hati mencetuskan sindiran atau sentuh sensitiviti terhadap agama lain. Jangan, walaupun ianya hanya gurauan.
“Tapi dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan ini moga-moga pasangan itu dimaafkan. Mungkin niat mereka bergurau tapi mereka tak sedar yang mereka dah sentuh sensitiviti masyarakat,” katanya.
Kontroversi tercetus selepas Alvin dan Vivian telah memuat naik sekeping gambar berbuka puasa dengan makanan yang sinonim dengan kaum Cina iaitu Bak Kut Teh iaitu sup tulang rusuk khinzir, minggu lalu.
Tindakan pasangan bloggers seks murahan itu menimbulkan kekecohan apabila ramai penduduk beragama Islam di negara ini berasa terhina dengan perbuatan melampau mereka itu.
Penulis juga berharap agar tindakan pasangan ini menjadi pengajaran dan tidak ada lagi individu yang berani mencetuskan provokasi terhadap agama lain muncul selepas ini.
Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment