Kami Seks Tak Risau Mengandung-Budak 11 Tahun-Bersentuhan..raba-raba..adalah tak salah selagi antara kami menyukai dan tak menolaknya..ia adalah seperti budaya.Membuat Hubungan seks adalah perkara biasa,lagipun usia seperti kami tak akan mengandung.
Pegawai Psikologi, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu, Saidah Alawiyah Abdul Rahim berkata, ramai ibu bapa tidak sedar tindakan mereka menjadi pendorong besar anak-anak untuk terus tenggelam dalam dunia teknologi canggih ini.
Kenal seks usia 11 tahun
KUALA TERENGGANU – Trend ibu bapa yang membekalkan kemudahan telefon bimbit kepada anak-anak walaupun masih di bangku sekolah rendah dikenal pasti menjadi penyumbang utama masalah keruntuhan sosial remaja hari ini.
.
“Mungkin ibu bapa menganggap tindakan mereka tidak salah kerana dapat memudahkan menghubungi dan mengesan di mana anak berada, tetapi realitinya, anak-anak hari ini lebih panjang akal jika dibandingkan generasi sebelumnya.
“Mereka boleh belajar pelbagai perkara melalui telefon bimbit dan apa yang membimbangkan, pada peringkat usia kanak-kanak, mereka lebih gemar belajar sesuatu yang dirasakan asing bagi mereka, seterusnya menimbulkan keseronokan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Saidah Alawiyah berkata, majoriti kanak-kanak dikesan mengenali dunia seks melalui kemudahan telefon bimbit sama ada dengan melihat gambar atau video lucah yang diperoleh daripada rakan.
“Jadi tidak mengejutkan jika saya katakan hampir 50 peratus kanak-kanak seawal usia 11 tahun sudah mengetahui apa itu seks dan ada dalam kalangan mereka menganggap seks adalah perkara biasa selagi tidak memudaratkan.
“Ini terbukti hasil ceramah yang saya adakan di sekolah, majoriti mereka menyatakan, bersentuhan dan berpegang tangan antara bukan muhrim adalah satu budaya dan tidak salah, malah paling menyedihkan, ada juga yang menyatakan membuat hubungan seks juga perkara biasa selagi tidak meninggalkan kesan seperti mengandung dan sebagainya,” katanya.
Saidah Alawiyah mengingatkan kepada ibu bapa hari ini lebih cakna dan prihatin dengan setiap gerak geri anak remaja mereka dan jangan sesekali mudah percaya dengan alasan yang diberikan walaupun menyatakan untuk ke kelas tambahan sekali pun.
“Biasanya, remaja hari ini suka menggunakan belajar sebagai alasan selamat untuk mereka berfoya-foya bersama rakan. Jadi, ibu bapa harus memantau dan jangan menerima bulat-bulat apa yang dinyatakan.
“Tidak salah jika kita tidak percaya kepada anak sendiri demi kebaikan mereka. Sewajarnya, ibu bapa membuat pemantauan dari masa ke masa terutama apabila mengetahui anak-anak berada di luar rumah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment