Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 6, 2013

No Comment
Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang tersebut yang dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun  yang lalu, telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet.

"Isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet. Pandangan dari pelbagai sudut telah diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk parti-parti komponen BN.

"Berdasarkan itu, Kabinet telah bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang ini adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, semua pindaan yang berbangkit (consequential amendments) daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 akan juga ditarik balik.

Ujarnya lagi, penarikan itu dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang berkenaan secara holistik dan akan dibentangkan semula selepas mendapat persetujuan semua pihak.

"Kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia maka isu pertikaian status agama anak ini juga perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam," katanya.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh his parent or guardian.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam v. Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan 'parent' sebagai mufrad (singular).

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini.

0 comments:

Post a Comment