Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 5, 2013

No Comment
Kes Dera

AYER KEROH – Seorang kakitangan Hospital Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana mendera secara seksual anak lelaki teman wanitanya berusia empat tahun, tahun lalu.
Tertuduh, Mahadir Muhamad, 31, dari Taman Pokok Mangga, Malim, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Ahmad Sazali Omar.
Berdasarkan pertuduhan, Mahadir dituduh menganiayai dari segi seks terhadap mangsa di sebuah rumah di Jalan Pokok Mangga, Taman Pokok Mangga, Malim, kira-kira jam 7 malam, November 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 sebelum tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah tersebut dikurangkan.
Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula bagi lantikan peguam pada 5 Ogos depan. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment