Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 8, 2013

No Comment
Polis

KUANTAN – Kecekapan anggota polis berjaya menjumpai semula kereta peronda yang dilarikan seorang lelaki ketika empat anggota penguat kuasa itu sedang melakukan siasatan di sebuah tapak perumahan di Chery Tree Park, Indera Mahkota 2, dekat sini, kelmarin.
Polis menemui kereta peronda terbabit pada jam 4.15 petang di kawasan perumahan Taman Tas, manakala suspek ditahan jam 7 malam pada hari sama di depan lampu isyarat, Jalan Hj Ahmad selepas enam jam melarikan kenderaan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff (gambar) berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah hari selepas polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengadu dua lelaki sedang memasukkan beberapa kampit simen dalam sebuah lori.
“Ketika tiba di tempat kejadian, dua anggota polis mengejar seorang suspek yang melarikan diri manakala seorang lagi berjaya diikat,” katanya di sini, semalam.
Bagaimanapun, katanya, suspek terbabit dikatakan lari dan masuk ke dalam kereta peronda polis ketika seorang daripada dua anggota yang ada di situ sedang memeriksa muatan dalam lori terbabit.
“Suspek kemudiannya memandu kenderaan itu keluar daripada tapak pembinaan menuju jalan raya,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.
“Kes ini pula akan disiasat di bawah Seksyen 39A Kanun Keseksaan dan 223 Kanun Keseksaan,” katanya.
Jasmani berkata, seorang lagi suspek yang dikejar polis turut berjaya ditahan dan hasil sisatan mendapati dia mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment