Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 22, 2013

No Comment
Mapim Dakwa Malaysia Syurga Rokok

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa kerajaan mengambil pendekatan yang lebih serius dalam untuk membasmi tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini.
Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid mendakwa, kempen anti rokok tidak lagi menjadi agenda penting kerajaan selepas Kempen Tak Nak sehingga tahun 2010 tidak memberi kesan yang dikehendaki.
“Kita mendapati kempen anti merokok tidak lagi mendapat keutamaan kerajaan. Bajet dua tahun berturut turut tiada kenaikan cukai untuk rokok sedangkan kenaikan cukai cara paling efektif mengurangkan gejala merokok.
“Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.69 bilion setahun untuk rokok dan kerajaan mengutip duti eksais terhadap penjualan tembakau, rokok dan curut sebanyak RM337.6 juta tetapi 7,500 rakyat mati disebabkan kanser paru-paru setiap tahun dan 90 peratus daripada mereka adalah perokok,” katanya melalui satu kenyataan.
Justeru Mohd. Azmi menggesa kerajaan menaikkan cukai untuk rokok supaya rokok dipasaran dijual pada harga RM35 sekotak seperti yang dilakukan oleh kerajaan Singapura serta menguatkuasakan larangan menjual rokok di premis-premis makanan.
Mapim turut menggesa supaya Shisa dan rokok elektronik digazetkan dalam undang-undang negara sebagai satu barang atau produk larangan dan diharamkan terus penggunaannya di Malaysia sebagai menghormati fatwa kebangsaan.
Beliau turut mencadangkan semua tempat ibadat diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dan jawatankuasa rumah ibadat diberi kuasa untuk menguatkuasakan larangan tersebut ke atas orang ramai.
Mapim turut meminta supaya sudut atau bilik merokok di tempat-tempat awam dimansuhkan dan menetapkan semua tempat awam adalah kawasan larangan merokok tanpa sebarang pengecualian.
“Untuk menghapuskan imej Malaysia sebagai syurga rokok, kawasan bebas cukai tidak dibenarkan lagi menjual rokok . Rokok perlu diisytiharkan sebagai barang larangan dijual di semua kawasan bebas cukai,” katanya.
Beliau turut menyarankan semua babak lakonan dalam filem tempatan atau luar negara  yang menunjukkan aski pelakon merokok dipotong dan diharamkan kerana pengaruh media boleh mempengaruhi tabiat merokok.
“Kami menegaskan Malaysia perlu menegakkan peraturan semua tempat kerja awam dan swasta disemua kawasan kerja sebagai bebas rokok. Ketegasan dan kesungguhan negara seperti Bhutan dan Ireland perlu dicontohi,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment