Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 23, 2013

No Comment
MekahProjek01

MEKAH – Mekah, ialah satu antara kota suci agama Islam di dunia akan berubah menjadi bandaraya pintar melalui satu proses penambahbaikan besar-besaran dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi yang sebahagiannya sudah bermula sejak musim haji hujung tahun lalu.
Perancangan kerajaan Arab Saudi adalah untuk memastikan jemaah boleh mengerjakan Umrah dan Haji dengan selamat meliputi projek perumahan, pengangkutan, makanan, membeli-belah dan tempat-tempat bersejarah.
Datuk Bandar Mekah Dr Osama Al-Bar berkata dua projek mega sedang dalam proses perlaksanaan untuk mengubah wajah Mekah di samping satu projek khas iaitu projek pembesaran Masjidil Haram.
Projek pertama ialah untuk melengkapkan pembinaan jalan raya yang sudah dimulakan sejak 2010 dan bakal siap pada 2017.
“Satu projek lagi ialah untuk membina rangkaian sistem metro dan bas, rangkaian metro akan menyediakan empat landasan dan kita berharap fasa pertama projek akan siap menjelang Jun 2014,” katanya.
Beliau berkata rangkaian sistem metro itu adalah sepanjang 182 kilometer dan akan menempatkan 88 stesen seluruh Mekah dari utara ke selatan dan dari timur ke barat, katanya kepada wartawan Malaysia di pejabatnya di Mekah hari ini.
Menurut Dr Osma, untuk laluan Metro dua pertiga daripada laluan rangkaian itu akan berada di atas pemukaan tanah manakala satu pertiga yang melalui berhampiran Masjidil Haram akan berada di bawah tanah.
Menyentuh projek pembesaran Masjidil Haram, beliau berkata beberapa kawasan masjid itu sudah pun diperbesarkan tahun lalu dan kini ia boleh memuatkan kira-kira 400,000 jemaah ketika bulan Ramadan.
Kerja pembesaran bermula masjid bermula pada November tahun lalu, dan selepas semua projek pembesaran siap masjid paling suci agama Islam itu bakal memuatkan hampir 2 juta jemaah.
Datuk Bandar Mekah itu juga yakin projek pembesaran itu akan boleh memuatkan jemaah untuk tempoh masa yang lama kira-kira 20 tahun.
“Kita melihat pertambahan umat Islam yang hadir ke Mekah untuk mengerjakan ibadat Haji dan Umrah, selari dengan perkembangan positif tahap kewangan negara-negara Islam yang semakin baik,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment